Tengku Uwais adha tengku Jamil
Dhamia Dharwanisha Darwish
Dhamia Dharwanisha Darwish
"kisah tentang kita...penuh dengan kepedihan...."
Sudah sebulan berlalu. Uwais adha menuju lemah ke arah tasik yang terletak didalam USM. Sudah sebulan dhamia tidak meluangkan masa dengannya. Dhamia seolah-olah telah melupakan bahawa dia mempunyai seorang sahabat bernama uwais. Uwais mengeluh lemah smbil melemparkan pandangannya ke arah tasik yang beralun lembut. Diarinya dikeluarkan.
“hye diari yang menjadi SAHABAT setiaku...hatiku sakit diari..sakit ditikam, dihiris, dilumat-lumatkan oleh insan yang bergelar Dhamia Dharwanisha Darwish. Kenapa dhamia, tidakkah kau tahu yang dikau mempunyai seorang sahabat..sahabat yang sentiasa menanti kedatanganmu seperti dahulu kala?sahabat yang telah memberi hatinya kepada mu?sahabat yang kasihimu seadanya?sahabat yang akan membela dirimu selama-lamanya...dhamia..engkau telah mengambil hatiku...tetapi kenapa tidak kau pulangkan?hatiku tawar untuk menerima insan lain...kerana manisnya telah kau ambil..tiada apa yang tinggal...adakah aku akan terus mananti?menanti buah yang tidak gugur?...ya...aku akan sentiasa menanti..itu janjiku dari Tengku Uwais Adha Tengku Jamil...”,
Air mata lelaki uwais akhirnya gugur. Pemandu uwais datang untuk menenangkan uwais yang menekupkan kepalanya.
“tuan, sabar tuan..bunga bukan sekuntum...”,usapan dari belakang oleh pemandunya menyebabkan uwais tenang. Dipeluk en rahman erat.
“pak man...sy sygkan dia pak man....sy tak sanggup lg berada disini pak man....”,
“tuan perlu bersemangat...tuan perlu luahkan jika tuan inginkannya...tuan tidak boleh takut...tuan lelaki...mungkin dah tiba masanya tuan tunjukkan siapa tuan sebenarnya....”, kata-kata dari en rahman langsung tidak difahami uwais. Dipandang en rahman tanpa berkelip. En rahman hanya mengangguk smbil menunjukkan kaca mata yang dipakai oleh uwais.
“mungkin tuan perlu buang ini dulu...”, en rahman membuang kaca mata uwais. En rahman tahu kenapa uwais memakai kaca mata tersebut. Semua kerana kumpulan dealova. Tengku jamil mengarahkan semua anak-anaknya memakai kacamata supaya tidak dikenali oleh peminat mereka.
“terima kasih pak man, mungkin suatu hari sebelum saya meninggalkan kampus ini akan sy perkenalkan diri saya yang sebenarnya...”, ucap uwais dengan melepaskan satu keluhan berat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan