Tengku Uwais adha tengku Jamil
Dhamia Dharwanisha Darwish
"cabaran hanya mematangkan lagi hubungan kita......"
Suasana cafe yang sunyi menyebabkan uwais cepat-cepat ke tempat makanan. Uwais yang lebih suka menyendiri menyukai suasana sunyi.
Sedang enak uwais menjamu makanan, tiba-tiba ada suara menyapa dari belakang.
“budak nerd...aku duduk skali ngn kau boleh?”, dhamia yang baru habis mengikuti kuliahnya menuju ke arah uwais yang sedang makan seorang diri. Uwais hanya mengangguk kepala tanda terkejut dengan sapaan itu.
“kau ni kan nape ek suka sgt duk sorg2..ko ni pelik r...”, ujar dhamia sambil menyumbat roti ke mulutnya. Uwais senyum melihat tingkahlaku kebudakan dhamia.
“ntah..tenang..xde org nk buli...”,ringkas saja jawapan uwais.
“ya kew?kau la yg jd penyebab orang nk buli kau..apa kata aku jd tok guru kau ajar kau cara nk balas balik apa yg org buat kt ko?nk x?”,gelengan kepala dari uwais menyebabkan dhamia geram.
“ko ni x membangunla...lembik...suka at engkaula..kau tgk aku ni, walau aku ni nmpk lembut tp kasar wo..tgk cra aku ckp..mane sesuai dgn penampilan aku..tambah2 ngn kau....”,
“saya bukan xnk balas apa diorg buat kt sy..cm sy xnk cri gaduh jew...nama awk apa ek?”,soal uwais bila menyedari yang dhamia x memperkenalkan dirinya kepada uwais.
“ko pggl mia je...best gak kawan ngn ko...kawan?”, tangan dhamia dihulurkan kepada uwais smbil tersenyum. Uwais menyambutnya dengan senyuman manis.
“xsgka aku dpt kawan mcm ko..rock..hahaha”, uwais sempat mengusik dhamia.
“mengata aku ek...xpe, suatu hari nnti aku akan pastikan kau akan berubah..kau tgk r..kau bg aku masa 2 semesta...hahaha”, gelak dhamia smbil menghabiskan makanannya. Uwais tersenyum manja.
Batu yang dilemparkan uwais mengena tepat-tepat di kepala dhamia lantas membawa dhamia ke dunia sebenar.
“sakitla bangan...”, ujar dhamia sambil menggosok kepalanya. Uwais tergelak dengan kelakuan dhamia itu.
“padan muka kau, sape suh kau termenung....”, uwais masih tergelak. Kepala dhamia digosok lembut.
Sudah 8 bulan perkenalan dhamia dengan uwais. Dhamia nampak senang dengan tingkah laku uwais. Begitu juga uwais. Kemana mereka pergi mesti berdua.
“mia..kau x rasa ke ramai org x suka ko kawan ngn aku..tambah2 ex bf kau tu...”,soal uwais sewaktu mereka sedang mengulangkaji pelajaran.
“ntah..jnji at aku senang dpt kawan nerd mcm kau ni.”, kata-kata dhamia mendapat tamparan dibahunya. Dhamia mengaduh kesakitan.
“gila bangan kau ni..sakit taw..yg kau duk tanya aku ni, kau ada tanya x diri sendiri...x takut ke kawan dengan aku yg hot ni?”, soal dhamia sambil tergelak.
“hot la sgt...aku x takut pun...buat apa nk takut...bukan salah pun...”,
“hah, hang taw xpe..weh, aku ingat nk g lepak kt feringgi la..nk ikut?tp dgn motola...”,uwais mengeleng kepala dengan perangai dhamia yang ganas itu.
“apa kata pergi ngn kereta aku...aku suh pemandu papa aku amik...”,ujar uwais memberi cadangan. Dhamia tiba-tiba tergelak besar...
“weh ko ni..ank bapak betulla...wake up son....tgk dunia luar..ur already 24..old enough...please la...nk g feringgi pun bergantung kt bapak lg kew..tgk aku, independent..aku taw la kau anak datuk...”,kata-kata dr dhamia tidak disenangi oleh uwais. Dia tidak suka membeza-bezakan darjat. Terutama dengan dhamia yang datang dari keluarga susah.
“mia..aku x suka la kau ckp cm tu..aku manusia gak..aku x penah bermegah dengan pangkat papa aku..slama ni pun aku cuba menyembunyikan benda ni dr kau tp kau taw gak...”,
“ala, relex la..aku gurau je la..xkn terasa kot...ko ni sensitif betulla...ok la okla, kita g ngn kete...”,pujuk dhamia yang masih tergelak. Uwais pun turut tergelak.
Mereka kini berada betul-betul di persisiran pantai.. dhamia sudah merendamkan dirinya ke dalam air pantai. Uwais hanya memandang gelagak dhamia. Dirinya senang dengan tingkah laku dhamia.
“wais, jom r mandi...ko ni kambingla..penakut...”, dhamia masih mahu memancing minat uwais untuk sama-sama mandi. Uwais mengeleng kepala. Dhamia akhirnya mengatur langkahnya ke arah uwais yang sedang duduk di atas batu.
“kau ni x syokla...xde life..”, ujar dhamia smbil mengesat kepalanya yang basah.
“aku lebih suka duk mcm ni..blh tgk burung, rasa angin...”, ujar uwais sambil mendepakan tangannya menikmati nikmat alam ciptaan allah.
“jiwang la kau ni... aku kn suka sangat tgk pantai, panjat gunung...tenang...damai...nk hilangkan gelodak di jiwa aku ni...”, dhamia memejamkan matanya menikmati angin yang menyapa lembut wajahnya. Tanpa dhamia sedari, uwais curi-curi meratah wajahnya yang ayu.
“org mcm kau pun ada gelodak kew?...”, soalan dr uwais dibiarkan saja oleh dhamia.
“aku anak angkat wais...mak bapak aku buang aku dari kecil lg...aku teringin sgt nk tgk mak bapak aku..tringin nk tanya nape diaorg buang aku...knp diaorg biarkan aku terkapai-kapai..”, kenyataan dari mulut dhamia mengejutkan uwais.
“maknanya keluarga kau sekarang ni merupakan keluarga angkat la?mcm mana kau tahu? Ibu kau bgtaw ya?”, soal uwais penuh tanda tanya. Dhamia mengesat air matanya.
“aku tahu hal ni masa keluarga aku xcident 2 tahun lps. Adik aku perlukan darah yang banyak ms tu. Memandangkan ms xcident aku x da bersama mereka dan yang tidak alami apa2, aku relakan diri menderma darah aku pada adik aku..dan kau taw bila aku diberitahu doktor bahawa darahku ngn kuarga lain x sama..betapa hancurnya hatiku..luluhnya hatiku....n kerana ini, adikku x dpt diselamatkan....mula dari situla aku cuba jd kuat...aku benci diri sendiri....”, esakan dhamia kedengaran. Sayu uwais mendengar cerita hidup sahabatnya ini. Badan dhamia dipeluk erat.
“kau ada aku skrg ni mia...aku akn bg sokongan pada kau...aku x kn biarkan kau bersedih lg....”, janji uwais pada dhamia. Dhamia teresak-esak didalam pelukan uwais.
Waktu berkulit lambat merantai perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau...perasaanku tak terhapuskan....
Malam menangis...membasahi mata hatiku..
Mencoba bertahan diatas puin-puin cinta yang telah rapuh
Apa yang ku gengam..x mudah untuk aku lepaskan..
Irama lagu kedengaran didalam hati uwais tika ini. Barulah uwais tahu yang dirinya sedang dilamun cinta dengan sahabat sendiri. Aku cintainya.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan