11.9.11

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 8




Tengku Uwais adha tengku Jamil
Dhamia Dharwanisha Darwish


"peluklah tubuhku..bila engkau rapuh....saat kau mula terjatuh...aku datang menyelamatkanmu.."



Entah kenapa dhamia seperti kehilangan semenjak menjalin hubungan dengan adam. Seperti kehilangan sesuatu yang amat penting. Dahulu dhamia merasakan dunianya dipenuhi dengan bunga namun sejak bercinta dengan adam, bunga-bunga itu hilang. Sesungguhnya dia tidak merasai kebahagiaan seperti kebahagiaan bersama uwais....
Mata dhamia terpacak pada satu gambar. Gambar yang menunjukkan kemesraannya dengan uwais. Dhamia sedar sudah sebulan lebih dia tidak meluangkan masa bersama uwais, shabatnya. Kesibukan dhamia mengikuti adam menjelajah pinang menyebabkan masanya tiada dengan sahabatnya itu.
“ya allah..apa aku dah buat ni...aku da menjarakkan diri dari uwais...”
handphone yang dihadiahkan oleh adam dicampak ke atas katil. Dhamia menyelongkar seluruh biliknya mencari handset lamanya.
“kat mane handphone ni...nombor aku...aku da lupa diri....”,mata dhamia merah menahan tangis. Dhamia menjumpai handsetnya dicelah katil. Dihidupkan handphonenya. Bunyi masej masuk bertalu-talu. Dhamia membukanya perlahan-lahan.
“You have 11 missed call (11) from +60123455543 since 08.11am 20.09.10”
“You have 16 missed call (16) from +60123455543 since 08.11am 19.09.10”
“You have 19 missed call (19) from +60123455543 since 08.11am 18.09.10”
“You have 20 missed call (20) from +60123455543 since 08.11am 17.09.10”
“You have 25 missed call (25) from +60123455543 since 08.11am 16.09.10”
“You have 32 missed call (32) from +60123455543 since 08.11am 15.09.10”
“dhamia...kemana menghilang burungku...terbang menjauhiku... from : uwais”
“semoga berbahagia puteriku.... from :uwais”
“sesungguhnya hati ini parah bila dikau tinggalkan aku...mungkin aku terlalu pengecut untuk meluahkannya, namun dikala dirimu semakin menjauh, aku merasakan diriku ini sudah tidak bernyawa...engkau telah membawa nyawaku bersama... from: uwais”
“aku.....aku sayangkan kau dhamia....aku mencintaimu.... from: uwais”,
Tangan dhamia terpaku taktala membaca mesej itu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Uwais.......maafkan aku.....
Bunyi mesej kedengaran lagi. Dhamia membukanya perlahan.
“anda mempunyai panggilan suara dari +60123455543, sila dial 1111 untuk mendengar mesej tersebut.”,
Dhamia mendial nombor tersebut. Kedengaran suara uwais penuh kesayuan.
“dhamia....sesunguhnya hati ini hanya tercipta untukmu.... lagu ini khas dicipta untuk insan yang bernama dhamia dharwanisha dharwish..”

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa telah ku serahkan
Menggengam janji setiaku
Ku mohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku.....
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cubalah sejenak mengertii
Bila.....
Rasaku ini rasamu....
Semoga engkau menahan sakitnya
Cuba...bayangkan kembali..
Betapa hancurnya hati ini..
Kasihhh....
Semua telah terjadi....

Air mata dhamia merembes keluar. Suara itu mengingatkan nya dengan seseorang. Dhamia menutup muka menahan tangis. Kata-kata uwais menjelma lagi.

“mia, katakan uid yang mia minat tu adalah uwais, apa mia akan ckp?”,
“mia akan ckp yg mia cintainya sepenuh jiwa mia....”,
“mia jnji?”,
“janji...”,

Dia cuba memberitahu aku yang dia adalah uid...aku yang terlalu naif tidak mengenalinya. Uwais...aku sayangkan mu juga... mia menangis mengenangkan dirinya yang terlalu kejam dengan uwais. Dhamia melangkah menuju ke arah tasik yang menjadi tempat mereka meluangkan masa. Dari jauh dhamia dapat melihat kelibat uwais yang sedang memeluk kakinya smbil melepaskan pandangannya ke arah tasik. Dhhamia mendapatkan uwais.
En rahman yang jelas terkejut dengan kehadiran dhamia mula  menjauhkan diri dari mereka menuju ke kereta.
Dhamia melabuhkan badannya ditepi uwais namun kelibatnya langsung tidak memancing minat uwais yang masih bertelingku.
“wais....”, panggil dhamia lembut. Uwais yang dari td memekupkan mukanya nyata terkejut dengan suara yang didengarinya. Dhamia tersenyum bila uwais mmandangnya.
“oooo...mia....”, uwais melepaskan pandangannya ke arah tasik.
“wais apa khabar?...”, soal dhamia sambil membaling batu ke dalam tasik.
“mcm yang mia tgk...sht...mia plak? Mia da tukar no telefon ya?”, soalan dari uwais dijawab dengan anggukkan dari dhamia yang sedang menahan tangis. Masing-masing membisu seribu bahasa. Setelah agak lama mendiamkan diri, tiba-tiba uwais bangun dari situ.
“wais doakan mia bahagia bersama adam...maybe this is the right choice that u made it. And maybe this is the last time we will meet...assalamualaikum..”, uwais melangkah dengan penuh sayu. Matanya sudah mengeluarkan air mata. Dia sudah tidak sanggup untuk berada disitu bersama dhamia.
“wais....”, panggilan dari dhamia membuatkan langkah uwais terhenti.
“im so sorry...mia minta maaf sbb abaikan uwais...mia tukar nombor phone tnpa bgtaw uwais..mia x guna...mia sayangkan adam sampai sanggup membuang sahabat mia.....”, dhamia sudah menangis teresak. Uwais langsung tidak memandang ke arah dhamia.
“just let it be mia...u made the right choice...wais akan sokong mia smpai ke akhir hayat...”,uwais melangkah pergi maninggalkan dhamia yang masih menangis mengenangkan kedaifannya.
“pak man...balik umah pak man..”, uwais sudah tidak dapat menahan tangisnya...air mata lelaki nya gugur lagi. Teresak-esak mengenangkan cintanya yang tidak kesampaian. En rahman memecut laju meninggalkan tasik tersebut.
Tengku jamil memandang sayu anak bangsunya yang sedang asyik memandang ke langit. En rahman telah memberitahu perihal yang berlaku kepada anak bongsunya itu. Tengku jamil melabuhkan tubuhnya disisi anak bongsunya.
“uid..”, tegur tengku jamil lembut.
“ya papa...papa tak tidur lg?”,
“tak ngantuk lagi...lgpun papa nk teman anak manja papa ni...nape uid x tidur lg?”,soalan dari tengku jamil dibiarkan oleh uwais.
“papa...mcm mana ngn permintaan uid?da lulus kew?”, soal uwais tanpa memandang ke arah teangku jamil. Permintaan anak nya ini sungguh berat untuk ditunaikan.
“uid da fikir masak-masak ke nk smbg blajar ke scotland? Uid sanggup tggl mama ngn papa?”. Soal tengku jamil lg. Uwais mengeluh berat.
“satu masa nanti uwais kena juga hadapinya papa...semua kt sana..papa..mama..abang long...abang ngah lak masih blaja kt sana...bolehla abang ngah tengok-tengokkan uid...betul x papa?”, alasan uwais boleh diterima namun uwais pergi membawa hati yang lara.
“kalau uid ckp mcm tu..papa x ley ckp pe...papa harap uid akan blaja bersungguh2 kt sana...uid nk sambung blaja bila?”,
“dalam masa terdekat papa..as soon as posible....”, jawapan dari uwais menyebabkan tengku jamil pasrah. Pergila uid, itu mungkin boleh ubati kekecewaan uid. Keluh tengku jamil di dalam hatinya.
“yang terdekat sabtu ni.. uid ada 2 hari tuk settle kan semua..papa akan tempah tiket... papa harap uid fikir masak2...papa masuk tidur dulu...”, tengku jamil bangun meninggalkan anaknya melayan perasaan.
Uwais mengeluh lembut. Dia berharap keputusannya ini betul. Bumi malaysia tidak lagi sesuai untuknya. Handphonenya berbunyi. Dilihat nama dhamia muncul di skrin telefonnya. Uwais hanya membiarkan. Hatinya kini sudah disakiti.
Bunyi mesej diterima kedengaran. Uwais membuka perlahan.
“wais...need to see you for a while... from: dhamia”
Uwais hanya membiarkan mesej tersebut. Uwais nekad untuk pergi jauh dari dhamia. Dhamia sudah memilih jalannya.. cukupla dirinya menyokong dari belakang. Bunyi mesej kedengaran lagi. Uwais membiarkan sahaja. Bintang-bintang direnung sayu.
“bintang....kau cantik seperti dhamia...janganlah kau tinggalkan aku...”, ujar uwais perlahan.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Uwais bergerak perlahan ke biliknya. Dikerling handphonenya yang tidak henti-henti menjerit. Uwais membuka inbox mesej perlahan. 6 mesej yang tidak dibaca oleh dhamia.
“wais...please answer my call...from : dhamia”
“wais..... from :  dhamia”
“wais...maybe this is the punishment that i should get from u coz ignoring u..so sory...nite.... from : dhamia”
Uwais melemparkan telefonnya ke dinding. Uwais bergegas ke bilik mandi. Dibuka pili paip laju menyimbah dirinya. Kesedihannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Uwais menangis di dalam bilik mandi sekuat-kuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan