Tepat jam 7 pagi dhamia turun ke bawah. Kelihatan tengku jamil dan adam sedang bersarapan. Manakala adli dan maisarah sedang bergurau senda didepan tv. Dhamia mengangkat begnya menuju ke arah tengku jamil.
“engku...assalamualaikum engku, abang adam..”, ucap dhamia sebelum melabuhkan dirinya disisi tengku jamil. Pandangan adam merimaskannya. Kejadian semalam masih segar didalam benaknya.
“have a seat mia...ni bawa beg nk pergi mana?”, soal tengku jamil hairan. Dhamia hanya tersenyum.
“mia nk pergi pinang...flight mia jam 10 pg engku. Boleh engku hantarkan mia ke airport?”,
“mia nk buat apa kt situ?”, soal adam pula.
“mia nk jumpa kawan....”, ringkas sahaja jawapan dhamia. Adam mendiamkan diri. Tengku jamil juga begitu.
“nnti lps breakfast along ngn maisarah hantarkan mia ya...makan mia...”,pelawaan dari tengku jamil dijawab dengan anggukan sahaja.
“klu along xley hantar biar je adam hantar..adam pon bukan buat apa2”, hampir tersedak dhamia mendengar. Tengku jamil menjeling anaknya itu.
“adam ke office...along hantar mia...”,tegas suara tengku jamil mengarahannya. Adam sudah tidak bersuara. adli dan maisarah yang bertindak sbg pemerhati hanya mendiamkan diri melihat ketegangan antara tengku jamil dan adam.
Dhamia melambai tengku jamil penuh dengan kesayuan. Wajah tua tengku jamil memlambangkan yang dia sedang risaukan ank bongsunya itu. didalam kereta, adli dan maisarah hanya diam.
“mia jangan ambil hati dengan adam ya...adam tu nakal sikit..”, ujar adli memecahkan kesunyian itu. maisarah hanya menganggukkan kepalanya.
“xde apala abg adli...mia x ambil hati...”,ucap dhamia ikhlas. Memang dia ikhlas mengungkapkan kata2 itu walpn sbnrnya hatinya menidakkan.
“ye la abg kan....adam x pernah pernagai mcm tuh...ms sy dulu xde pula dia buat mcm tuh...”, maisarah yang diam dari td mula mengeluarkan suaranya. Adli hanya terdiam dengan kenyataan isterinya.
“awk ni..kesitu pula..dahla cerita pasal adam..boringla...ceritalah tentang mia dan uid...along pon nk tahu mcm mana mia boleh kenal ngn uid...”, dhamia tergelak mengenangkan kembali perkenalannya dengan uid
“mia kenal uid ms zaman usm lagi....mia slalu tgk dia kena buli.. biasalah kan dulu dia suka pakai nerd n buat2 lembut...mia kesian dengan dia...sbb tu mia kawan dengan dia...”,kata2 dari dhamia membuatkan ketawa maisarah dan adli terhembur keluar. Tidak sangka adiknya menyamar sampai mcm tu skali.. memang adli tahu tengku jamil tidak mahu ank2nya dikenali kerana bimbang keselamatan. Ini kerana mereka dulu merupakan penyanyi air force team...
“mia tahu kan kenapa dia mcm tuh....tp along x sangka lak uid sanggup menyamar mcm tu skali...kiranya uid dan mia da lama la ya kenal..untungnya...bermacam dugaan telah dilalui...”,luah adli perlahan. Maisarah memegang tangan suaminya penuh kasih.
“ya...terlalu banyak dugaan....skrg mia harap dugaan itu tidak akan menganggu hubungan kami lagi...”, ucap dhamia dalam sendu. Wajah adam menjelma lagi. adli yang seakan2 dapat merasai ketidakselsaaan dhamia mula membuat jenaka.
“mia jangan risau...klu dugaan tu dr adam..along sekeh2 dia buat sup ya....ok mia...da sampai...nnti along nk park keter dulu then kitorg dtg ya...”, ujar adli smbil menurunkan dhamia dipintu utama lapangan terbang klia.
15 minit menunggu, akhirnya kelibat adli dan maisarah muncul jua. Senyuman dihadiahkan kepada mereka. Namun senyuman dhamia mati sebaik sahaja melihat kelibat adam dibelakang adli. Dhamia sudah tidak keruan. Kenapalah dia ni datang sini...
“hye mia....”, sapa adam ramah. Badannya dilabuhkan disisi dhamia. Adli berdehem tidak senang hati dengan tingkah adiknya. Maisarah hanya melihat adegan itu.
“hye...abang adam x kerja ke?”, soal dhamia gugup. Hanya beberapa inci sahaja yang memisahkan mereka tika ini. Mia berdoa dalam hati supaya penerbangannya dipercepatkan.
“dam..jom kita beli breakfast..”, ajak adli bila melihat ketidak selesaan dhamia. Adam yang serba salah terpaksa mengikuti langkah adli yang sudah menjeling tajam ke arahnya.maisarah menepuk bahu dhamia yang mengeluh kelegaan.
“sorry ya mia...kitorg xtaw adam ikut dari belakang......”, luah maisarah dengan rasa bersalah.
“x apa akak...mia x kisah...”,
“akak pon xtaw kenapa adam mcm tuh..adam ni pelik betul...”,
“mia nk g ladies kejap ya kak”, ujar dhamia sebelum melangkah ke tandas. Adam yang perasan dhamia bergerak ke tandas cuba mengambil kesempatan dengan alasan nk ke tandas. Adli hanya menganggukkan kepalanya bila adam meminta untuk ke tandas.
Di tepi tandas kelihatan adam setia menanti kelibat dhamia keluar dari tandas. Dhamia yang baru melangkah keluar dari tandas terkejut bila memandang wajah adam yang sudah tersenyum.
“boleh abg ckp dengan mia?”,soal adam perlahan. Dhamia hanya mengikutinya.
“boleh tak dhamia lupakan uid...uid x sesuai untuk mia... mia sesuai tuk abg je...abg akan jaga mia betul2...please...”, permintaan gila dari adam menyebabkan dhamia tersentak. Ada juga abang cuba kianati adiknya...jijik..
“klu awk sayangkan title abg tuh...please jgn suruh sy buat sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya datang dari jauh bukan untuk menambahkan masalah...sy dtg tuk menuntut cinta sy kembali...perkataan mane yang awk x faham semalam en adam?”, terketar2 suara dhamia menuturkan setiap patah perkataannya.
“abg sayangkan mia...abg x boleh hidup tanpa mia..please mia....”,rayu adam lg..matanya merah.
“abang mcm mana awk ni adam..masyaALLAH..tolonglah jgn buat sy mcm ni...”,mata dhamia mencerlung merah. Kemarahannya membuak2.
Tangan dhamia diraih lembut. Dhamia cuba meronta namun semakin kuat cengkaman adam.
“please mia...maybe uid da lupakan mia...mungkin uid da ada org lain...”,kata2 dari adam sedikit sebanyak mengguris hatinya. Namun dhamia cepat tersedar. Tidak sanggup rasanya untuk dia fikirkan jika uid ada org lain.
“wlpn uid ada someone else....mia tidak akan trima adam....hati mia hanya tuk insan yang bergelar uwais adha....bukan uwais adam.....”,direntap kasar tangannya. Berbekas merah tangan dhamia. Dhamia berlari mendapatkan adli dan maisarah yang memandang kehairanan.
“along..kak mai...jom...mia kena check in...doakan kebahagiaan mia ya...”, dhamia berkata sambil memeluk maisarah dengan erat. Ada tangisan disitu. Adam yang bru tiba ditempat mereka mendapat jelingan tajam dari alongnya. Ini mesti kerja adam ni mata dhamia merah. Btuah punya adik. Siap kau lepas ni. Dhamia langsung tidak menoleh memandang adam yang berat melepaskan dia pergi.
Kelibat dhamia hilang dari pandangan. Adli memandang tepat ke arah adiknya.
“angah ni kenapa??ni mesti kerja angah kan mia nangis...tolongla angah...dia milik uid...anggah x kan nk rampas milik adik sndiri?”, soal adli menahan suaranya supaya tidak didengari oleh org lain. Adam hanya menjungkitkan bahunya.
“slagi xde akad antara mereka..mia bukan milik sesiapa long...”,
“how dare u to talk like that adam!!!xkn ko nk hancurkan keluarga kita dgn perangai gila kau ni?”,soal adli sudah tidak dapat membendung kemarahannya.kolar baju adam digengam kuat. Maisarah yang dari td bertindak sebagai pemerhati bertindak memberhentikan pertelingkahan itu.
“dahla abg, angah...x malu ke..jom abg balik..”, ajak maisarah menarik tangan suaminya.
“ko ingat tu angah..jgn buat gila...”,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan