Dhamia merasanya pipinya diusap lembut. Dhamia mengeliat geli. Matanya tidak dibuka menikmati kucupan itu. tangan kasar itu memegang rambut dhamia. Semasa bibir itu mendekati bibirnya, dhamia membuka matanya dan terkejut dia bila melihat wajah adam mendekati bibirnya. Dhamia menolak adam kasar. Adam dipandang dengan jijik. Bibir dan pipinya direntap kasar.
Dipintu pejabatnya kelihatan uwais sedang terkasima. Apa yang dilihatnya sungguh menjijikan. Uwais menahan kemarahan. Matanya merah. Muka adam ditumbuk kuat. Uwais tidak mampu menahan amarahnya. Dhamia menangis melihat uwais memukul adam yang tidak bermaya.
“aku x sangka saudara kandung aku sendiri yang buat aku mcm ni...buat dengan isteri aku...jijik!!”, tengkin uwais dalam sendunya. Dhamia menghalang uwais. tengku jamil tiba dipejabat dhamia bila mendengar suasana bising.
“uid!!angah!!! kenapa ni.....ya ALLAH..malu kat org...dah dah uid..lepaskan angah....”, tengku jamil memegang tangan anaknya itu. uwais sudah terduduk sambil menangis disitu. Dhamia mendekati uwais.
“aku cintakan dia...aku cintakan dia ko tahu x!!!”, tengking adam melangkah pergi dari situ. Tengku jamil memegang kepalanya yang tidak sakit. Malapetaka apa lagi yang akan muncul ni. Dhamia memegang tangan uwais namun direntap kasar. Uwais meninggalkan dhamia yang terkasima dengan tindakan uwais. dhamia menangis kuat. Kebahagiaannya yang baru 3 bulan dirasai akhirnya musnah. Tengku jamil memeluk menantunya.
“papa tahu mia x salah...mia sabar...papa akan pujuk uid...”, ujar tengku jamil mengesat pipi dhamia.
“mia xsanggup kehilangan uid papa...cukuplah penderitaan mia....mia x sanggup nk tgk uid terseksa. Mia kehilangan dia papa....kenapa jd kt mia papa”, dhamia sudah tidak dapat menahan tangisnya. Dia akhirnya terkulai layu disitu. Tengku jamil yang terkejut memanggil shasha supaya menelefon ambulans.
Dibilik uwais pula kelihatan uwais sedang bertelaku di lantai pejabatnya. Adegan antara dhamia dan adam menjelma lagi. kata2 adam menghantui fikirannya. Pasu di meja diambil dan dibalingnya. Berdesing pecah.
“kenapa kau cintakan isteri aku!!”,uwais menangis mengenangkan dhamia sudah ternoda. Tidak sanggup rasanya untuk dirinya melihat dhamia lagi. hanya api kebencian merajai dirinya.
Sementara itu, dihospital kelihatan tengku jamil masih setia menanti dhamia yang terbaring lemah. Tengku jamil teringat kata2 doktor tadi.
“tahniah engku...menantu engku da mengandung almost 2 month...tolong jaga kesihatan dia..klu x, ia boleh memberi kesan kepada kandungannya...”,tengku jamil meraup mukanya. Disaat berita gembira itu, terdapat brita sedih. Kesian dhamia.. darah tengku jamil menyirap mengingatkan anknya adam.
“papa...abang mana papa...”, soalan dari dhamia dijawab dengan gelenggan sahaja. Dhamia menangis lg. Badannya yang lemah cuba dilawan. Tengku jamil menahan dhamia dari bangun.
“mia masih lemah...papa da cl uid...jap lg uid datang...”,kata2 dari tengku jamil membuatkan dhamia tersenyum. Tengku jamil terpaksa berbohong demi keselamatan dhamia dan kandungannya. Airmata nya dikesat.
“mia...mia tahu x mia mengandung?”, soalan dari tengku jamil mengejutkan dhamia. Gelenggan dari dhamia menyebabkan tengku jamil mengeluh.
“mia mengandung almost 2 month...tahniah nak...papa gembira sangat...”,ucapan dari tengku jamil dibalas dengan doa kesyukuran oleh dhamia.
“alhamdulillah papa....mia nk telefon uid....please papa..”, rayuan menantunya dibalas dengan gelengan oleh tengku jamil.
“biarlah dia dulu mia...mungkin uid perlukan masa....”,dhamia terkedu dengan kata2 mertuanya.
“kenapa papa?uid salahkan mia ke?mia x salah papa...mia x salah....knp uid x percayakan cinta mia....kenapa uid menyerah..kenapa jd kt mia papa”, jeritan dhamia semakin kuat. Tidak sanggup rasanya untuk dirinya memikirkan kehidupan tanpa uwais.
“sabar nak...sabar....”, dipeluk erat menantunya. Dhamia menangis lagi. setelah lama dhamia menangis, dhamia bangun dan berkemas. Tengku jamil hanya melihat penderitaan menantunya. Kesian mu nak.
“mia harap papa x beritahu dia yang mia mengandung. Mia nk dia tahu dari mia...boleh papa janji....”, kata2 dhamia dibalas dengan anggukan lemah oleh tengku jamil.
Mereka meninggalkan perkarangan hospital dengan suasana sunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan