19.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 32

Dhamia tersenyum memandang suasana usm tika ini. Tasik ini menceritakan sejuta kenangan antaranya dan uwais. dhamia menarik nafasnya perlahan2. Dhamia tersenyum melihat gelagat biawak yang menjadi penghuni setia ditasik harapan ini.

Selepas turun dari kapal terbang, mia terus memanggil teksi untuk menghantarnya ke usm. Nasib baik pas pelajarnya masih berfungsi. Dhamia melabuhkan punggungnya disuatu sudut yang agak terpencil. Dhamia yang keletihan mengeluh penuh syahdu. Disini dia tidak mempunyai kawan rapat. Hanya uwais sahaja temannya. dhamia bergerak menuju ke hotel yang akan dihuninya. Dengan beg sederhana berat dhamia bergerak ke hotelnya.

Sementara itu, uwais hanya termenung mengenangkan nasibnya. Sudah 3 hari dia dalam keadaan mcm ni. Uwais hanya merenung pen yang dihadiahkan oleh mia.

“hello geng..kembalilah ke alam nyata...”, azhar yang baru memasuki biliknya mengejutkan uwais dari terus meratapi nasibnya.

“kau bru balik ke har?”, soal uwais yang sudah memandang azhar. Azhar hanya mengangguk.

“jom lunch....laparla pula..”, ajakan dari azhar dijawab dengan gelengannya sahaja.

“aku kenyangla har.ko nk makan kau pergila ya..har, aku nk pinjam kereta kau boleh?aku nk pergi suatu tempat la kejap lg...”,

“ambilla uid...aku ada satu lg kereta..kau pakai vios aku...aku pakai kelisa je...lgpun aku x g mana2...”, kunci kereta dibaling ke arah uwais. uwais tersenyum dengan kemurahan hati kawannya itu. azhar sudah berlalu menuju ke keretanya untuk keluar makan. Uwais bersiap2 untuk menuju ke suatu tempat yang mampu mengembalikan kenangan dia dengan dhamia. Kunci kereta di ambil dan uwais berlalu ke kereta.

Dhamia yang kepenatan hanya memandang ruangan hotel yang nyaman. Lokasinya yang berdekatan dengan batu feringgi menyebabkan dhamia mengeluh kelegaan.

Jam sudah menunjukkan angka 4 petang. Dhamia bersiap untuk bergerak ke arah pantai. Dirinya berharap uwais ada disitu. Walau apa pun terjadi..dia tetap akan menjejaki uwais.

Sewaktu kakinya menjejak debuan pasir di batu feringgi ini, dada dhamia berdebar2. Dia dapat merasai kehadiran uwais. mata dhamia melilau mencari kelibat uwais namun hampa. Dhamia berteliku disitu. Dhamia terduduk disitu sambil melepaskan pandangannya ke lautan.

Sudah setengah jam mia disitu. Airmatanya mengalir lg. Jiwanya terasa seperti kalah. Adakah uwais tiada dinegeri ini. Dhamia menekupkan mukanya.

Uwais mengesat2 matanya seperti tidak percaya. Kakinya yang bru melangkah ke arah pantai terkaku disitu bila melihat kelibat dhamia. Dia tidak percaya akan pandangannya. Didekati tubuh itu secara perlahan.

Dhamia yang perasan seperti dia didekati lantas berpaling ke arah belakang. Terkejut bukan kepalang dia melihat wajah kusut uwais. kumis memenuhi dagunya. Uwais seperti terkena renjatan elektrik bila melihat dhamia yang mula berdiri.

“uid.....”,uwais tersedar dari terus merenung dhamia mula bergerak menjauhkan dirinya dari dhamia. Kata2 dhamia menerjah dibenaknya. “saya x nk tengok awk lagi...”, dhamia yang terkedu dengan tindakan uwais yang mahu meninggalkannya lantas memeluk uwais dari belakang.

“saya minta maaf....sy x sangka terjumpa awk disini...bukan sy pinta...sy hormati keputusan awk untuk tidak bjumpa dengan awk..”, dalam sendu uwais berkata. Suaranya terketar2. Kehangatan tubuh dhamia menyebabkan airmatanya mengalir lg. Sudah bergeleng2 airmatanya tumpah disebabkan wanita ini.

“tidak sayang....mia minta maaf....mia salah..mia x boleh hidup tanpa uid....tolong jgn tinggalkan mia...”, ucap dhamia yang sudah menangis teresak2. Uwais yang terkejut akhirnya memeluk dhamia erat. Syukur ya ALLAH...syukur....

“terima kasih sayang..mia da boleh trima abang?”, ujar uwais setelah lama mereka dalam keadaan begitu. Tubuh dhamia dibawa ke bangku berdekatan. Uwais sudah menukarkan gelarannya.

“mia x pernah tolak abg...mia x pernah buang abg dari hdp mia dari dulu lg....”,uwais menyeka air mata dhamia. Tidak sanggup dirinya untuk terus membiarkan air mata kekasih hati nya ini mengalir lg.

“abg sayangkan mia dari dulu lg...mia...sudikah mia jd isteri uid?uid x sanggup kehilangan mia lagi....”,ucap uwais smbil memandang tepat ke arah dhamia yang sudah tersenyum.

“mia sudi...mia sudi sayang...tp uid kena call mama dulu...tanya mama ya...klu xde mama xtawla apa jd ngan mia...”,dhamia mencuit hidung mancung uwais. pergelangan tangan dhamia dipandangnya. Ada luka disitu. Berbirat seperti digengam dengan kuat.

“mia...kenapa ni...siapa buat?”, soal uwais sambil mencium luka tersebut. Dhamia terkedu. Perlukah dia memberitahu hal sebenar. Uwais menagih jawapan dari dhamia. Dhamia hanya menundukkan dirinya.

“mia....mia ada someone else ke”, uwais sudah berang. Suaranya terketar2. Masakan perempuan yang mencengkam mcm tuh skali. Fikir uwais.

“uid kena percaya kan mia. Uid x boleh ckp mcm tuh..klu mia ada org lain mia xkan dtg sini untuk cri uid mcm org gila....ni mia kena dawai. Mia x perasan tangan mia tersangkut kt dawai tuh..mia tarikla...”, dhamia terpaksa membohongi uwais. uwais bpuas hati dengan penjelasan dhamia. Tidak sanggup dirinya untuk kehilangan dhamia.

“sorry syang...abg x sanggup kehilangan mia buat kali ketiga...jom kita kawen...”, kata2 dari uwais menyebabkan dhamia terkedu. Mukanya tersipu2 malu. Uwais seronok melihat muka dhamia yang merah.

Berita yang diterimanya tadi disambut dengan senyuman oleh tengku jamil. Tengku jamil mengurut dada sambil melafaskan alhamdulillah.

“kenapa ni papa?memanjang je senyum...”, soal adli yang kebetulan baru turun dari biliknya.

“uid da jmpa mia....mereka nk kawen secepat mungkin...papa bsyukur sgt2...”,kata2 dari tengku jamil dibalas dengan sorakan dr adli. Adam hanya terdiam dibelakang.

“bgsla papa...nnti melepas pula uid tuh klu lambat2....”, adli berkata dengan kuatnya berharap adam mendengar perbualan mereka ini. Adam menhentakkan mejanya perlahan.

“jahanam”, Marah adam dalam hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan