20.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 41

Sudah 3 bulan usia perkahwinan uwais dan dhamia. Mereka telah kembali bertugas di pejabat. Dhamia tersipu malu diusik oleh pekerjanya.

“tahniah pn mia....”, ucap shasha gembira. Tubuh dhamia dipeluk erat.

“terima kasih....doakan kami bahagia...”,

“sudah tentu......”,

Dhamia melangkah ke bilik yang telah lama tidak dihuninya. Tidak ada satu pun barangnya berubah. Ketukan dipintu mengejutkan dhamia. Terpacak wajah uwais dengan senyuman manisnya.

“ya encik uwais...dtg nk marah sy ker?”, gurau dhamia lantas tergelak. Uwais menyerigai dengan usikan isterinya. Tubuh isterinya itu dibawa dalam pelukannya.

“syang ni memang la nk kena dengan abg....jom sarapan..abang laparla...”,ajakan dr uwais dijawab dengan anggukan. Dirinya pun lapar wlpn sudah makan dirumah. Seleranya semakin bertambah semenjak berkahwin dengan uwais.

Mereka berjalan berinringan ke restaurant berdekatan. Mereka ke kopitiam kerana disitu sahaja yang tidak sesak dengan manusia. Tangan dhamia digengam erat.

“angah...buat apa kt sini?”, pertanyaan uwais itu menyebabkan dhamia mendogakkan kepala. Adam tersenyum. Dhamia kelu.

“tgh breakfast..tak sempat nk breakfast td..come join us...”, ujar adam tanpa berkelip memandang wajah dhamia. Rakan lelaki disebelah adam menghulurkan tangan berjabat dengan uwais. dhamia memandang uwais yng tampak gembira. Kesian suaminya yang tidak tahu menahu tentang dia dan adam. Dhamia mengeluh perlahan. Kepalanya berdenyut.

“mia sht?”, soal adam perlahan bila dilihat dhamia memicit kepalanya. Uwais sedang leka berbual dengan kawan adam.

“ok je...”, ringkas jawapan dhamia. Adam memandang tajam ke arah dhamia.

“better mia balik...angah x rasa mia sht....”, ujar adam kuat. Uwais mamandang dhamia.

“are u ok sayang...panasnya kepala u...”, uwais memegang dahi dhamia.

“mia ok sayang....mia nk balik office berehat je....”, dhamia berkata perlahan. Uwais meminta diri untuk ke belik ke pejabatnya. Adam hanya memandang langkah mereka sehingga hilang dari pandangannya. Uwais meminta dhamia supaya berehat dibiliknya namun dhamia menolak. Buat masa sekarang, dhamia tidak mahu bersama suaminya.

“mia rehat dlm pej mia ya...nnti abang dtglah jenguk mia....”, pujukan dr dhamia akhirnya dipersetujui oleh uwais dengan hati yang berat. Uwais menghantar isterinya ke pejabat dhamia.


Selepas melepaskan kucupan mesra di dahi dhamia. Uwais berlalu pergi. Dhamia terlena setelah makan 2 biji pil panadol. Kepalanya terasa berat. Akhirnya dia tertidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan