21.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 48

Dhamia melangkah dengan berhati2. Pn sulsi yng sedang berbual dengan tetamu terus melangkah mendapatkan dhamia. Anak kesayangannya dicium dan dibawa duduk.

Semua tetamu yang datang mula mengalihkan pandangan mereka. Dhamia cantik dengan jubah unggu. Begitu juga uwais.

“perhatian semua....hari ini merupakan hari yang paling gembira buat saya kerana lagi sebulan sy bakal menjadi ayah. Hari ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri saya dhamia hanna kerana sudi menerima insan kerdil ini sebagai suaminya. Sy juga ingin mempersembahkan satu lagu untuknya..terima lah....”, uwais yang muncul dengan gitar mengejutkan dhamia. Adam dan adli bergerak ke arah uwais. adam mengambil bass sementara adli mengambil tempat kt drum.

Alunan muzik kedengaran. Mata dhamia berair kerana terharu. Dia ingat x kan berpeluang lagi melihat persembahan the air force.

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

air jernih akhirnya keluar dari mata dhamia. Terlalu dalam maksudnya. Uwais sudah bergerak kearah dhamia. Air mata dhamia diseka perlahan.

“jangan menangis sayang...abang xnk baby kita bersedih je nnti..”, ucap uwais sambil mengucup dahi isterinya. Semua hadirin yang hadir bertepuk tangan. Dhamia membalas pelukan suaminya. Semua tetamu diminta menjamu selera. Dhamia dan uwais bergerak ke beranda luar.

“sayang....sayang abang x?”, soal uwais sambil mengengam tangan dhamia.

“sayang sangat....”,pipi suaminya dikucup perlahan.

“abang cinta kan sayang....sepenuh hati abang...”,

“amboi2...romantiknya diorg ni...kita ada kt belakang pon x sedar”, teguran dari belakang mengejutkan dhamia. Wajah adli dan maisarah tersengih kt belakang.

“kacau daun la diorg ni kan sayang...”, ujar uwais lantas memeluk erat dhamia yang jelas tersenyum.

“ek eleh....kacau daun konon..geli la dengar pengantin lama ni....”, adli sudah melabuhkan punggungnya di kerusi. Maisarah juga begitu. Mereka berbual panjang. Uwais tidak melepaskan lagi pegangannya.

“hye...bualkan apa tu...”, adam tiba2 mencelah. Dhamia langsung tidak memandangnya. Uwais perasan akan keadaan itu.

“oo ngah..come join us...borak kosong je..usik2 mia...biasala bakal ibu ni kan...come come...”,pelawaan dari adli diangguk dengan anggukan sahaja. Ditepi adam ada seorang perempuan.

“mia..ni angah kenalkan bakal isteri angah sabrina...ina...ni adik ipar abg, dhamia...”, tangan sabrina disambut lembut. Dhamia tersenyum pada sabrina. Akhirnya dia merasakan bebanannya terlepas.

“hye ina...seronok kenal ina....”, dhamia yang sudah mampu tersenyum memandang uwais yang jelas terkejut dengan perubahan drastik isterinya.

“sama la mia..sebelum ni ina nk kenal sgt mia..akhirnya dapat juga kenal....ina pernah juga datang skali dua kt sini...tp x nampak mia pun...hari ni akhirnya dpt kenal mia...”,ujar sabrina melahirkan rasa terharunya. Dhamia tersipu2 senyum.

“cantik ina...pandai angah pilih....”, puji dhamia ikhlas. Uwais menghulurkan air kosong kepada dhamia yang jelas dahaga.

“x adalah mia...ina biasa je....nnti bolehla kita shopping sama2...”,ajakkan sabrina dijawab dengan gelenggan oleh uwais...

“after mia lahirkan baby abg ya...abg tgk skrg klu nk g shopping..x dapatnyaaa....”, sanggah uwais yang dari td bertindak sbg pemerhati.

“ye la bang oi...abang ajaklah tetamu makan...ni duk berkepit je koje...”, ngomel dhamia perlahan. Uwais hanya tergelak.

“dia da rimas la tuh ngn uid along...biarla uid pergi...”, ujar uwais dengan nada merajuk yang dibuat2. Dhamia hanya tersengih. Adli tergelak kuat.

“apala korg ni...geli along dgr..jom mai kita makan...ina nk ikut kitorg g makan?”, pelawaan adli dismbut dengan baik oleh ina. Akhirnya mereka bergerak menuju ke dalam rumah. Tinggallah dhamia dan adam diluar beranda. Dhamia hanya diam membisu. Kekusutan perlu dileraikan. Uwais yang malas mengganggu hanya bertindak sebagai pemerhati di dalam. Dhamia memanggil suaminya untuk menemaninya disini.

“mia...angah minta maaf....angah tahu angah salah dulu...angah tak patut buat mia mcm tu...angah menyesal...angah harap before angah jd husband ina..mia akan maafkan angah...”, adam menyusun ayatnya dalam keadaan gugup. Dhamia mengeluh perlahan. Sudah tiada dendam dalam hatinya. Uwais hanya membisu sambil mengengam tangan isterinya.

“mia da lama maafkan angah...mia x ambil hati pun...angah x perlulah risau..”, ikhlas dhamia berkata. Ya memang dia dah maafkan adam.

“terima kasih mia..”, ucap adam sambil melangkah ke dalam rumah untuk menemani sabrina. Dhamia memandang suaminya yang tersenyum.

“aik...senyum pula dia...gatal betul”, luah dhamia pura2 marah.

“ala..syang ni..gatal ngn suami dpt pahala taw...hahah”, uwais suka menyakat isterinya itu. dhamia mencebirkan bibirnya.

“pandangan awk tuh makna dalam....seram seh..”, dhamia menyudahkan kata2nya dengan mimik muka. Uwais tercengan melihat dhamia. Dicubit isterinya kuat.


“padan muker...ckp abg seram..jom sayang...abang lapar...baby abg pon lapar kan...”, soal uwais sambil memegang perut isterinya. Dhamia hanya tersenyum. Akhirnya mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Suasana riuh di dalam dengan nyanyian adam dan adli. Keluarga berbakat.hmmm

Dhamia selamat melahirkan anak-anaknya. Airmata kegembiraan tumpah di saat melihat anak2nya. Uwais mengazankan kedua2 anknya. Selesai mengazankan anak2nya itu, uwais bergerak ke arah dhamia yang jelas keletihan. Dahinya dikucup penuh syukur.

“terima kasih syg kerana memberipeluang untuk abang menjadi ayah....”,ujar uwais perlahan. Detik2 dhamia melahirkan ank2nya tergambar dibenaknya. Kesihan dhamia.

“sama2 abang....kita nk namakan apa ank2 kita tu bang..”,

“abang bg mia letak nama anak2 kita...”,

“mia nk anak2 ada sir name....adha....”,dhamia berkata perlahan. Uwais gembira mendengarnya.

“danial adha dan denial adha.... macam mana?”,cadangan suaminya itu dipersetujui.

Dhamia bersyukur dengan kebahagiaan yang dihadiahkan ALLAH. Bersama anak2nya dan suami yang penyayang mencukupi bg nya. Terima kasih ya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan