20.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 43

Mia menjejakkan ke bilik nya dengan perlahan. Kelihatan uwais sedang berteleku di tikar sejadah. Airmatanya menitis lg. Dhamia merasakan dirinya kotor.

Tangan suaminya di ambil. Dikucup penuh syahdu. Sendu uwais kedengaran. Mata uwais masih dipejamkan.

“jijik sangat ke untuk abang melihat isteri abang ni.... sy tahu sy kotor....tp bukan salah saya...kenapa abang hukum saya...”, soal dhamia dalam sendu sambil memandang uwais. kelopak mata uwais dibuka perlahan. Dilihat wajah isterinya itu. titisan air mata gugur juga dipipi jantannya.

“beri abang masa....beri abang masa...”, kata2 yang keluar dari mulut uwais menyebabkan airmata dhamia semakin lebat. Ya ALLAH..apa maksudnya ni...rintih dhamia dalam hati.

“abang menghukum saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan... dimana kata2 manis abang....mia x sangka abang.... mungkin dah takdir kita....mia pasrah bang...Cuma mia harap sangat abang fikirkan tentang kita...”, dalam sendu dhamia menghabiskan kata2nya. Uwais hanya mendiamkan diri. Pegangan dhamia tidak dibalas.

“abang x boleh terima perbuatan angah menyentuh mia...abang jijik bila teringatkan hal tu...abang harap mia faham....”, kedengaran tegas suara uwais menuturkan kata2 itu. dhamia terkedu. Tiada lagi tangisan.. yang ada Cuma penyesalan kerana suaminya tidak mempercayainya.

“mia akan faham abang..mia akan cuba faham.. mia harap abang masih sudi memandang wajah jijik ini. Dan andai suatu hari abang x boleh memandang wanita ini lg, abang berhak untuk melakukan yang terbaik untuk abang. Mia pasrah...”, ucap dhamia lantas berdiri. Airmatanya diseka lagi. dia harus kuat...sekurang2nya untuk baby yang bakal lahir.

Uwais hanya memandang kelibat dhamia yang hilang dalam bilik mandi. Sendu yang dhamia tahan akhirnya terluah jua. Dhamia menangis semahu2nya. Sudah tiada guna untuk dia hidup lg.

Sejam berlalu. Uwais yang masih berteleku di sejadah tidak sedap hati. Dhamia sudah sejam di dalm bilik air. Uwais mengetuk pintu bilik air. Namun tiada sahutan.

“mia...buka pintu ni...buka pintu ni...klu x abang rempuh..”, ujar uwais bimbang keselamatan isterinya. Ketika uwais bkira-kira untuk merempuh pintu bilik air itu, dhamia muncul dengan mata yang bengkak dan tiada perasaan.

“mia ok?abang tgk pucat je wajah mia....”, badan dhamia di bawa ke katil. Wajah pucat isterinya dilihat. Timbul rasa kasihan.

“abang janganlah risau. Mia menyucikan diri mia yang kotor. Smg abang tidak dapat melihat kejijikannya lagi...”, dhamia berkata lantas menyelimuti dirinya. Uwais hanya membekukan diri. Tidak dipujuk dhamia. Uwais melangkah keluar dari biliknya. Diberanda pula kelihatan adli, maisarah, tengku jamil dan adam sedang berbincang. Uwais yang mahu mendekati mereka tidak jadi berbuat begitu. Tengku jamil yang perasan dengan kehadiran uwais memanggilnya.

“papa nk dengar penjelasan korg....”, tengku jamil berkata dengan tegas. Maisarah sudah menghilangkan diri, adli tampak menahan amarahnya. Klu tidak difikirkan adam dalam keadaan berbalut ni, mahunya adiknya ini dibalun.

“yang terjadi biarlah terjadi..uid xde apa nk ckp lg....”, sayu suara uwais. adli menepuk bahu adiknya.

“angah cintakan mia?”, soal uwais perlahan. Dhamia yang baru menuruni tangga terkejut dengan pertanyaan suaminya. Tidak sanggup untuk dirinya mendengar kata2 suaminya.

“angah cintakan dia sepenuh hati angah....”, jawab adam tegas. Tengku jamil menyerigai.

“angah!!!sedar ke apa angah ckp...uid adik angah..angah paham x!!!”, marah tengku jamil lantang.

“x apa papa. Uid akan lepaskan mia untuk angah. Uid x sanggup kehilangan abangg uid...”,kata2 yang keluar dari mulut uwais menyebabkan dhamia terduduk. Begitu senang cinta kau roboh. Dhamia sudah tidak dapat menyeka airmatanya lagi. sampai hati uwais.

“uid!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sedar ke apa uid ckp ni...apa nk jadi dengan keluarga ni!”, tengku jamil mengeluh berat. Kepalanya dirasakan dihempap batu yang besar. Uwais menundukkan wajahnya.

“papa.....”, suara dhamia dari belakang mengejutkan semua yang berada disitu. Uwais meraup mukanya bila melihat pipi dhamia yang tercalar. Td di dalm bilik dia tidak dapat melihat dengan jelas muka isterinya.

“mia rasa hubungan mia dan uid x kan kemana. Mia bukan barang yang boleh ditolak ke sana ke mari... mia ada perasaan papa. Kalau uid da x boleh trima mia...mia redo papa...mia reda...Cuma mia harap sgt jgn lah dia lepaskan mia dengan cara ini......mia x sangka cinta uid tidak se gah seperti dulu...”, dhamia sudah teresak2. Kata2 suaminya menjelma lagi.

“abang nk lepaskan mia kan?mia terima abang...tiada guna lagi mia buat apa2 untuk kembalikan kesucian mia dimata abang..... mia akan menunggu surat dari abang....papa...maafkan mia sbb x boleh menjadi menantu yang baik. Along...kak mai....maafkan mia....dan angah...terima kasih sbb da hancurkan kebahagiaan mia....assalamualaikum”,pipi mertuanya dikucup lembut. Maisarah dipeluk erat. Maisarah dapat merasakan yang ada sesuatu diperut dhamia. Dipandang dhamia yang terkedu.

“akak rahsiakan....”, itu sahaja ucapan dhamia. Uwais hanya mendiamkan diri tidak menghalang langkah isterinya. Dhamia melangkah pergi walaupun tengku jamil memanggilnya. Hujan diluar seperti menangisi nasib yang menimpanya.

“ya ALLAH ya ALLAH...”, hanya itu saha boleh diluahkan oleh tengku jamil. Uwais yang menitiskan airmata melangkah naik ke biliknya. Adam yang terkejut dengan kejadian tadi tertunduk dengan rasa bersalah. Sebaik sahaja langkahnya ditangga ke tiga. Adli bersuara.

“x sangka ya papa...cinta uid x kemana...sian mia mangsa keadaan. Ada laki pon x kisahkan dia. Sian mia kan papa....along ingat uid ni kuat..rupanya teruk....sblm ni uid tgk x pergelangan tangan mia yang lebam?itu angah yang buat ms kt airport. Along tahu mia x reda sbb tu berbirat tangannya. Dan syabas angah....kau telah meporak porandakan keluarga ini.......jom mai, kita balik...abang da x boleh duk dalam umah ni...panas....mia tuh xtawla hidup ke mati kt luar..tgk pipi dia td, hbs calar...jijik dicium ipar kowt...tp iparnya pon satu, bangan x sudah..bini adik sndiri pon nk try...xpaham aku.”, kata2 dari adli mengejutkan uwais. tiba2 airmatanya mengalir laju. Dia terduduk disitu.

“uid sayangkan dia papa”, luah uwais yang baru terasa kehilangan isteri kesayangannya. Sayang...maafkan abang. Tengku jamil tidak langsung memandang uwais. anknya itu tidak berhati perut.


“uid akan menyesal....uid akan menyesal....”,ujar tengku jamil berlalu ke biliknya. Uwais hanya terduduk disitu memikirkan kata2 tengku jamil. Akhirnya suasana disitu kembali sunyi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan