20.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 45

Dhamia tersedar dari mimpi yang panjang. Dia beristigfar dalam hati.. wajah uwais terbayang lagi. airmatanya mengalir lg.

“abang...sihat ke?mia rindukan abang...mia rindukan abang..abang da maafkan mia ker?”, mia bermonolog dalam hatinya. Maisarah yang terkejut dengan jeritan dhamia memandang sayu dhamia yang sedang menangis. Maisarah menyeka airmatanya. Begitu juga adli.

“dah sayang...biarlah mia..jom...”, ajak adli bila dilihat airmata isterinya semakin lebat. Maisarah mengikuti langkah adli.

Dhamia tidak dapat melelapkan matanya kerana asyik memikirkan uwais. dalam mimpinya uwais sedang sakit. Dhamia risau. Akhirnya dhamia bertindak untuk menghubungi suaminya. Di dail nombor suaminya. Sekali tidak berjawab, buat kali ketiga telefon dia dijawab.

“uwais adha speaking..who’s?”. soal uwais lemah. Dia sudah penat memikirkan masalahnya. Dikerling jam di dinding. Jam 3 pagi. Siapalah yang berani mengacaunya ini.

“hello...”,uwais bsuara lg.. dhamia sudah mengalirkan air mata. Sendu yang ditahan akhirnya terburai jugak. Talian cepat2 diputuskan. Uwais terkasima. Dhamia.. diambil telefonnya dan didail nombor tersebut namun hampa, talian tidak diangkat. Uwais mencuba lagi namun talian sudah dimatikan.

Uwais mengeluh perlahan. Sayang..kenapa tidak beri abang peluang untuk meminta maaf padamu. Sayang tidak kesihankan abang dan anak2 kita ke. Rintih uwais sambil memeluk baju dhamia.


Dhamia menahan sendunya. Mendengar suara uwais sudah memadai bagi dirinya. Akhirnya dhamia terlelap dengan tangisan.

Adli memasuki pejabat uwais. kelihatan uwais tekun mengemas file yang bersepah. Keadaan adiknya yang kusut mendapat simpati oleh adli yang jelas serba salah.

“uid...”, tegur adli mesra. Senggeta antara adam dan uwais sudah tiada. Adam sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Lagipun adan sudah mahu berkahwin.

“ya long...ada apa..”, uwais menjemput adli duduk.

“still mencari ke?”, soalan dari adli dijawab dengan anggukan oleh uwais.

“along jgn risau..uid x kn cmpur adukkan urusan kerja dan urusan peribadi.”, tiada lagi senyuman untuk adli. Uwais menyambung kerjanya.

“dah lama kan uid x pergi umah along....”,kata2 adli menyebabkan uwais mendonggak memandang abangnya.

“sorry long...uid busy skt...nnti ada masa uid pergi ya...”,

“along nk suruh uid dtg rumah along petang ni...along tggu”,ujar adli lantas meninggalkan uwais yang terkedu dengan permintaan adli. Uwais termenung panjang. Barang2nya dikemaskan memandangkan jam sudah menunjukkan ke angka 5 ptg. Uwais mengeluh sebelum bergerak ke keretanya. Keretanya dihala ke rumah adli. Permintaan abangnya susah ditolak.

Diberanda kelihatan maisarah sedang asyik berbual dengan adli. Adli menceritakan apa yang terjadi td.

“betul ke apa abg buat ni...karang mia susah hati pula...”, luah maisarah kebimbangan.

“mereka berdua lagi susah at kalau mcm ni. Kita kena selesaikan. Mai pon tgk uid mcm mana kan....abang kesian tgk adik abg tu. Mcm org gila da...smlm mai tgk x mia menangis smbil memeluk baju uid...abang x sanggup lg menyeksa mereka. Lagipun mia akan give birth sebulan lg...abg xnk uid terlepas dari mengazankan kembarnya....”, kata2 adli ada betulnya. Dhamia yang sedang lena direnung mereka. Kedengaran kereta memasuki halaman rumah mereka. Maisarah bergegas menutup pintu bilik dhamia dan terus ke beranda. Kelihatan adli sedang kusyuk melayan adiknya.

“along renovate ya rumah ni...sorry dah lama x dtg...”,

“nk perasan mcm mana org tuh tgh gila bayang...tul x mai...”, sakat adli lg. Uwais hanya tersenyum. Maisarah berpeluh.

“along nk beritahu something ni...uid jgn marah...along tau yang uid da lama mencari mia...dan along xnk bsubahat da...mia kt rumah along...mia dlm bilik...smlm dia meracau memanggil uid..abang x tahan melihat penderitaan dia....”,uwais berdiri sebaik sahaja adli menghabiskan ayatnya.

“mia kt sini long?alhamdulillah..uid nk tgk dia....”, uwais sudah bergegas memanjat tangga. Adli mengikut dari belakang. Sebaik sahaja pintu bilik dhamia dibuka. Kelihatan isterinya sedang memeluk bajunya. Perut dhamia yang besar itu menyebabkan uwais menangis tersedu. Adli dan maisarah meninggalkan mereka. Dhamia masih lena diulit mimpi. Pipi dhamia diusap perlahan.perut dhamia dijamah. Dhamia tersedar. Bila terasa ada tangan kasar menjalar memeluknya. Dhamia hampir menjerit tp melihat wajah suaminya itu terus menutup mulutnya.

“sayang.....maafkan abang.....”,ucap uwais sambil menyembamkan mukanya didada dhamia. Dhamia terkedu tidak tahu nk cakap mcm mana.

“abang sayangkan sayang...abg x boleh hdp tnpa sayang... abg cintakan syg..tlg jgn tgglkan abg....”, ucap uwais lantas mengucup pipi isterinya. Dhamia menolaknya perlahan.

“saya tidak mahu hati sy dicarik lagi. sy x sanggup terluka lagi uwais adha.....”, dhamia berkata dengan tegas. Uwais dipenjuru katil memandang sayu isterinya.

“berilah abang peluang kedua sayang..abang jnji abang x kan menyakiti sayang lg...tolong sayang..demi anak2 kita...”,rayu uwais lagi.

“ank saya...bukan ank awk...”,kata2 dari dhamia menyebabkan uwais terkedu.

“no sayang..anak kita berdua..tolong maafkan abg.....tolong maafkan abg...”, uwais memeluk eret isterinya..terasa seperti ada halangan diperut isterinya. Dhamia menangis kesedihan. Akhirnya dhamia memeluk erat uwais. sudah tidak sanggup untuk dirinya bersendirian tanpa uwais.

“mia tersek bila abang xde..mia keseorangan..nasib baik along dan kak mai ada...klu tak, mia xtawla nasib mia mcm mana..mungkin abg xkan jumpa mia da...”, ujar dhamia dalam sendunya. Uwais menutup mulut isterinya. Pipi isterinya itu diusap manja.

“maafkan abg sayang...abang yang salah....”, ucap uwais perlahan seperti menyesali perbuatannya. Kepalanya diraup perlahan.

“kita bina hidup baru ya....abang nk sangat mia ada disisi abang...”, terharu dhamia mendengar uwais berkata wlpn antara jelas tak jelas.

“abang janji jangan seksa mia lagi..abang janji ya jangan mudah serahkan mia pada sesiapa. Bagi mia, bila mia dah kahwini org itu, mia akan setia padanya...”, dhamia berkata lagi. tubuh dhamia dipeluk mesra. Hidung isterinya dicuit mesra.

“ya nyawa abang..hye baby...papa ni..sorry baby kena jaga mama sepanjang ketiadaan papa...papa ni bodoh betul kan baby. Kesian mama kurus jaga baby. Baby kena jnji duduk elok2 dalam tu.”, perut dhamia dicium penuh syahdu.

Sementara itu, diberanda luar kelihatan maisarah dan adli sedang bergurau. Dhamia sudah mengemaskan pakaiannya untuk mengikuti suaminya itu. uwais tidak melepaskan dhamia dari pelukannya.

“hye..mcm pengantin baru abang tgk....”, ucap adli sebaik sahaja dhamia dan uwais melangkah mendekati mereka.

“along jahat taw....bagai nk rak kita cri mia, dia x cakap sepatah pon mia kt sini.. nnti nk bgtaw papa..”, marah uwais perlahan dalam gelak. Adli turut ketawa.

“ni la ank bongsu....manja semacam....ni nk bawa mia ke mana?along x bg taw...”, ujar adli smbil mengenyitkan matanya ke arah dhamia.

“aik...kenapa pula kena minta izin along...mia isteri uid la...suka at uid la nk bawak kemana pon..lgpon baby papa ni da nk keluar.....”,perut dhamia diusap perlahan. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah dhamia melihat uwais.

“ok along...uid balik dulu...thanx for everything.....”, tangan adli dicium perlahan. Jasa abangnya sungguh besar.

“take cre ya mia...nnti klu merajuk lg...u feel free to come...”, ucap maisarah smbil mencium wajah dhamia.

Dhamia membalas pelukan maisarah. Terlalu banyak kenangan dia kt sini. Rumah adli dan maisarah dipandang sepi. “terima kasih along..k.mai...tanpa along ngn kak mai..xtaw la apa jadi kt mia...”, ada sendu disitu. Dhamia bergerak mengikut suaminya ke kereta. Akhirnya kereta mereka membelah jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan