21.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 46

Dhamia termenung diluar rumah tanpa melangkah. Uwais yang sedang mengangkat beg lantas mendapatkan isterinya. Dia tahu apa yang dhamia fikirkan.

“jom sayang...masuk...”, tangan dhamia diraih lembut dan ditarik supaya mengikutinya. Dhamia mengeraskan kakinya. Kenangan dulu masih segar di ingatannya. Kalau boleh dia mahu melenyapkan wajah adam dari hidupnya.

“angah da terangkan semuanya sayang....angah pun da nk kahwin, sayang jangan risau... selepas ini, abang x kan biarkan sesiapa usik isteri abang ni. Jom sayang...”, ajak uwais lg. Alhamdulillah, dhamia mengikuti langkahnya. Tengku jamil yang sedang duduk diberanda terkejut dengan pelukan dhamia.

“mia...ya ALLAH menantu papa da balik.....”, pelukan menantunya dibalas. Uwais sayu melihatnya. Adam yang baru menuruni tangga terkejut dengan kehadiran dhamia. Di dekati mereka. Dhamia yang tidak menyedarinya hanya membiarkan adam memerhatikannya.

“ya papa...mia da balik....alhamdulillah, mia masih diperlukan papa...papa sht..mia rindu sgt kt papa..”, ujar dhamia sambil mengesat air matanya. Perutnya yang semakin membesar menyukarkannya untuk bangun. Dhamia memandang suaminya berharap suaminya membantu. Uwais yang memahami terus mendapatkan isterinya. Tubuh isterinya dibangunkan.

“da besar perut mia...papa ingat papa x berpeluang untuk tgk cucu papa ni...due ada a month lg kan?kita x buat majlis apa2 lagi. mlm ni kita buat majlis sempena cucu atuk ni....papa nk call kawan2 papa... mama sue pun dlm pjalanan ke sini....”,penjelasan tengku jamil mengejutkan dhamia. Mamanya ada di malaysia..

“mama ada di sini papa?”,soal dhamia pelik.

“ya..mama mia ada disni. Papa yang beritahu dia hal sebenar. Dia marahkan papa sbb beritahu lambat. Sbb tu dia bergegas dtang sini.”,dhamia tergelak dengan penjelasan ayah mertuanya. Wajah uwais yang sejak tadi mendiamkan diri dipandang. Mata dhamia terkedu melihat adam yang sedang memandangnya. Uwais yang perasan akan hal itu menegur abangnya.

“angah...nk pergi mana ni..”, uwais dengan riak tenang menyoal adam yang btindak sebagai pemerhati sejak dari td. Dhamia langsung tidak memandangnya. Adam mengeluh. Masih menebalkah kebencian dia kepadaku.

“angah nk keluar dgn sabrina. Nk cari barang hantaran. Mia sht?”, soal adam sambil melabuhkan dirinya di kerusi. Uwais hanya mendiamkan diri sambil memandang isterinya yang langsung tidak pedulikan kehadiran adam.

“mia sht je ngah....Cuma perlu rehat je..”, sambung uwais memecahkan kesunyian itu. dhamia langsung tidak membuka mulut. Adam mengeluh perlahan.

“ok, angah da nk keluar ni...angah pergi dulu...”,adam sudah mengemaskan diri untuk melangkah keluar. Dipandang sekilas wajah dhamia. Uwais tersenyum tawar dengan layanan dhamia.

“sayang..jom kita masuk bilik...”, tangan isterinya dipimpin mesra. Dhamia yang sejak tadi hanya menundukkan dirinya mendonggak memandang suami nya itu.


“maafkan mia bang...mia bukan nk kurang ajar. Mia perlukan masa...mia teringat kenangan dulu..”, kata2 dhamia dibalas dengan usapan oleh uwais. tiada yang lebih penting hidupnya kecuali dengan dhamia. Mereka beriringan naik ke bilik mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan