20.2.12

NOVEL--> satu rasa dua hati --> part 44

Dhamia memandang sekeliling rumah. Adli dan maisarah tersenyum bila dhamia tersedar. Tadi selepas dia keluar dari rumah itu, adli dan maisarah membawanya ke rumah mereka kerana dhamia tiada siapa disini.

“ni bilik mia...mia duduk sini ya....akak jaga mia betul2 hinggalah baby ni lahir ya”, adli terkejut dengan kata2 isterinya.

“what??mia mengandung??kenapa x cakap...berita baik ni...”, ucap adli melahirkan kesyukuran. Dhamia tersenyum tawar.

“along dan kak mai tolong rahsiakan dari uid. Nnti apa pula dituduhnya.... biarlah mia dengan baby ni.... mia reda..”, ucap dhamia dalam sendunya.

“jangan ckp mcm tu sayang...akak ngn along ada.... kitorg akan jd mia elok2...dahla..mia berehatlah...”, ujar maisarah sambil menyelimutkan dhamia. Adli mengeluh perlahan. Kesian dhamia.

“kesian mia kan sayang...kenapalah angah ni bodoh sangat”, marah adli tiba2. Penumbuknya digengam.

“dahla tu bang....yang sudah tu biarla....mai nk ambil ubat sapu kt pipi mia. Kesian dia calar hbs muka...”,maisarah yang sudah ilang dari pandangan adli. Adli merehatkan badan disofa.

Sementara itu, dirumah tengku jamil, kelihatan uwais sedang kusyuk berdoa. Matanya tidak berhenti mengalirkan air mata. Kehilangan isterinya dirasainya. yaALLAH... mcm mana aku nk hidup tanpanya.

“sayang...balikla...sayang x salah...abang minta maaf.....abang minta maaf.... wajah dhamia yang pucat serta calar terbayang di tubir matanya. Rasa bersalah menghimpit lagi. ya ALLAH...apa aku da buat ni.....

Ketukan di pintunya tidak diendahkan uwais. dirinya kosong. Suara tengku jamil mengejutkan uwais. dibuka perlahan pintunya.

“makan....”,ajak tengku jamil tegas.


“papa makanla...uid da kenyang...”, tengku jamil hanya menganggukan kepalanya. Lantas menuruni tangga. Uuwais memandang ruang biliknya yang kosong. Baju dhamia diambil dan dipeluk erat. Ada sendu disitu.

4 bulan berlalu pantas. Dhamia melepaskan keluhan bila mengenangkan nasibnya. Uwais tidak mencarinya. Dhamia pasrah. Dhamia melihat maisarah sedang kusyuk membaca novel. Kakak iparnya ini memang hantu novel. Lambaian dari maisarah dibalas lembut. Dhamia turun perlahan menuju ke arah kakak iparnya.

“laaa..nape mai turun....kan da susah nk jalan... perut mia ni besar mengalahkan orang mengandung 9 bulan. Ke ada kembar dalam ni....”, ujar maisarah sambil memeluk perut dhamia. Kehadiran dhamia disini amatlah disyukuri oleh maisarah. Maisarah sudah 4 tahun bkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi sejak dhamia berada disini, maisarah disahkan mengandung.

“perut kak mai pon makin mbesar. Seronokla papa dapat 3 cucu...”, ujar dhamia sambil tersenyum. Maisarah hanya terlopong.

“3 cucu.....mia kembar ya?”, soal maisarah gembira. Dhamia menganggukan kepalanya. Tubuh dhamia dipeluk erat.

“that why la perut mia besar....bestnyaaaa.....sabar ya sayang...lg 3 bulan sayang2 unty boleh tgk dunia ni....”, ucap maisarah mengucup lembut pipi dhamia.

“terima kasih kak mai sbb jaga mia....mia mmg bnyk terhutang budi dengan akak dan along”, ucap dhamia dalam sendunya.

Kereta adli memasuki parking rumah. Dilihat adik iparnya dan isterinya sedang rancak berbual.

“hye sayang..hye mia...sht...apa yang diborakkan ni..”, adli sudah mengambil tempat disisi isterinya.

“gues what bang.....mia pregnant twins...”, kata2 dari maisarah membuatkan adli meraup kesyukuran.

“alhamdulillah....smg mia selamat....”,hanya itu ucapan yang mampu diberikan di atas penderitaan dhamia. Tadi dipejabat, adli kesihan melihat keadaan adiknya yang tidak terurus. Mcm orang gila da dilihatnya. Ikutkan hati mahu sahaja diberitahu yang mia di rumahnya. Adli tahu uwais tgh berusaha mencari dhamia. Tiba2 dia teringat rahsia yang terbongkar minggu lps selepas dia mengetahui yang maisarah mengandung.

“papa...mai mengandung...”, adli berkata dengan muka penuh gembira. Tengku jamil tersenyum kesyukuran. Uwais yang mendengar juga tersenyum walpn pahit.

“alhamdulillah...akhrnya dimakbulkan...apa akan dpt pertambahan cucu...”, ujar tengku jamil tanpa memandang uwais yang jelas keliru dengan kata2 papanya namun dibiarkan sahaja.

“along akan jaga mai betul2...along xkn buat mcm org tuh...da nk jd bapa pun perangai mcm budak2....kesihan bini tanggung sorg2...”,kata2 dari adli mengejutkan uwais. adli menutup mulutnya yang terlepas cakap. Tengku jamil hanya berlagak selamba. Maisarah sudah ke belakang bila uwais mendekati suaminya.

“apa along ckp ni...”, ujar uwais menyinga... adli diam membisu. Tubuh adli digoncang kuat.

“mia mengandung uid...sewaktu papa cal uid lps uid tangkap angah ngn mia, she faint...papa bawa ke klinik.....doktor yang sahkan mia mengandung.....mia minta papa rahsiakan dari uid sbb tkt uid salah faham...tkt uid x mengaku itu anak uid...”, kata2 dari tengku jamil menyebabkan kepala uwais berdenyut. Diusap kepalanya. Airmatanya jatuh lagi. 4 bulan dia mensia2kan damia....ya ALLAH...kejamnya aku..

“uid tahu itu anak uid...uid tahu dia suci papa...kejamnya ank papa ni...kesian mia mangsa keadaan. Rasa bersalah yang menebal selama ni semakin menebal....x guna uid jd suami mia...uid mnghadiahkan penderitaan kepada mia...ya allah....tolong uid papa.....”, rintih uwais kuat. Bahu anknya itu dipeluk erat.

“sabar nak...ada jodoh x kemana...”,hanya itu yang mampu diucapkan oleh tengku jamil.

“uid nk cri mia...uid nk sujud kt dia...uid nk dia disisi uid...”, uwais yang gelabah terus mencapai kunci keretanya. Tengku jamil hanya mengelengkan kepala melihat kelakuan ank bongsunya itu.


Mata uwais melilau mencari kelibat dhamia. Namun dia hampa. Akhirnya dia tersadai ditepi jalan. Kekesalan menghimpitnya.kejamnya aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan